Saturday 10 October 2015

Peristiwa yang Mengejutkan

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamu'alaikum warrahmatullah. 

Dear bloggie,,,  

Alhmdulilah masih diberi kesempatan dari Allah untuk menulis lagi.Semua orang inginkan kesempurnaan kan dalam kehidupan kan tak kecuali miss.Tapi da nama pun manusia kita ni manalah perfect.Manusia mana yang tak melakukan kesalahan kan?Kalau da namanya manusia kesalahan memang tak lari lah.Apa yang penting muhasabah selalu diri,selalu bertaubat kepada Allah.Selagi kita masih bernyawa pintu taubat masih lagi terbuka.. 

Allah,masih banyak lagi kekurangan diri,jahil lagi tapi miss berusaha untuk kearah yang terbaik.Tetapi i need time to change.Memang susahlah bila kita nak berubah ke arah kebaikan kan?Akan ada yang "Menghasut" (Syaitan ler).Dia memang takkan dari jauh dari kita.Lebih-lebih lagi masa kita stress mudah sangat lah dia nak mengoda kita.Apa-apa pun semua itu boleh dicegah bila iman kita kuat. Cmne nak kuatkan iman kita?? Mudah jew ikut segala perintah Allah.Buat kebaikan dan tinggalkan yang mungkar.Tapi kita ni manusia biasa ,walau cmne2 pun tetap akan melakukan kesalahan.. 

Tak nak cakap pasal orang lain tapi bila tengok diri sendiri pun  da tahu banyak kekurangan lagi.Masih banyak lagi kena pelajari dan banyak perkara yang tidak tahu.Jahil lagi.Allah..(*crying) Allah sebenarnya sayang sangat kepada hamba-Nya sebab itu dia uji kita.Dia hendak kita selalu dekat dengan Dia.Bukan masa susah baru cari Allah.

Bila teringat saya peristiwa ini rasa hati ini amat bersalah sangat pada Allah.Ceritnya begini,pada masa ni miss dan roomate miss ingin membeli air kat cafetaria kolej miss.Dalam perjalanan miss berjalan tu miss terdengar sesuatu bunyi,pada mulanya miss ingnore jewlah.(*ingt bunyi burung) lepas itu miss jalan setapak ke depan,dengan izin Allah syiling kat cafe tu terjatuh,nasib baik miss cepat masa tu if not sudah pasti syiling tu akan jatuh betul-betul atas kepala miss.Allah sayang miss sebab itu Dia selalu lindung miss tapi miss selalu lupa padaNya..Allah (*Sebak).Masa itu miss istifar  banyak-banyak sebab dengan izin Allah miss selamat.Alhmdulilah.. 

P/s : Selalu bersangka baik dengan Allah

Monday 27 April 2015

Suka Vs Tak suka

Assalamulaikum.. 
10 perkara yang miss froggy tak suka 
-Warna pink 
-Bercakap bisik-bisik ( menimbulkan tanda tanya) 
-Diabaikan 
-Tak suka dipaksa 
-Depan-depan baik,tapi belakang mengata  
-Kurang suka makanan yang bermanis 
-Tak suka bersepah  
-Tak minat korea (tapi kadang-kadang layan jugak)
-Tak suka citer orang puteh 
-Tak suka ditinggalkan   


10 perkara yang miss froggy suka 
-Suka froggy  
-Suka baca novel (hobi) 
-Suka bercakap ( memang semula jadi suka cakap) 
-Minat sukan 
-Suka bila teman selalu ada disisi 
-Suka berangan sorang-sorang 
-Kuat tido jugak lah 
-Suka memasak (walaupun hasilnya tak berapa jadi) 
-Suka dengar lagu jiwang 
-Paling suka bila bff dapat luahan lebih masa dengan aku...:(
Coretan  by : Miss Froggy 
 Masa : 5.59 petang

Sabar




Alhamdulilah masa lagi diberi kesempatan untuk berbloger ni..hehehehe..Lama tak updates..Sibuk sikit sejak akhir-akhir ini.Tapi alhmdulilah hari ini di beri kelapangan untuk menulis.Hari ini miss froggy ingin share sesuatu.  

Sukarkan nak buat orang faham dengan kita kan.Orang kata nak suruh orang faham kita,kita kena faham dia dulu betul ke?hahahaha betul lah itu...Tapi nak faham orang bukannya senang kan?Manusia ni sama jew tapi perangai lain-lain..Bab kata orang macam-macam ragamlah.Ada yang jenis gitu dan ada yang jenis gini.Nak hadapi camne ea?Senang jew hadapi diorang dengan senyuman.Bila kita senyum masalah akan settle. 

Masalah lok adalah teman setia kita..Selalu jew nak berdamping dengan kita even kita tak boh pom masalah itu datang kat kita.Tapi bagi miss masalah yang datang adalah ujian dari Allah dimana Allah nak tengok sejauh mana ketabahan kita sebagai seorang hamba-Nya..Satu lagi tanda Allah sayang kat kita.Kadang-kadang masalah yang hadir dalam hidup kita akan mendewasakan kita dan mengajarkan kita erti kesabaran.Betul tak?? Hehehe 


Bila miss ada masalah miss cuba sibukkan diri dan miss sedaya upaya sembunyikan masalah yang miss ada dari kawan-kawan miss,,,Bukan tak nak share tapi tak nak membebankan diorang sebab miss tahu diorang pun ada masalah mereka sendiri jugak.Miss tak menyusahkan diorang lagi.Tapi kalau miss tak tahan miss luah jugak ke roomate miss merangkap bff miss.. Tapi bukan semua benda kita boleh share even dengan bff sekalipun.Hehehe.. 

Apa yang penting selalulah ingat Allah selalu ada dengan kita,tak pernah pun Allah tinggalkan kita malah kita yang selalu lupa pada Allah..Tepuk dada tanya iman.Wasalam..<3 
       Coretan by : Miss Froggy 
        Time : 5.38 petang






Friday 27 March 2015

Berakhir!!!

 
Ku sangka panas hingga tengahari rupa-rupanya hujan..Hubungan yang sekian lama terjalin kini retak di tengah jalan..Aku buat keputusan ini kerana aku rasa inilah yang terbaik buat aku dan dia.Walaupun dalam hati ini masih lagi rasa sayang aku kepadanya tetapi aku akan cuba untuk buang ia jauh-jauh.Aku tahu aku mampu. 

Satu lagi aku buat keputusan ini kerana Allah jugak kerana aku takut aku tak mampu untuk jaga hati ku  yang selalu gundah gulana ni..Fitrah manusia kan ingin ada perasaan saling sayang menyayangi dengan makhluk yang berlainan jantina.Tak kurang jugak aku,insan yang daif ini,insan yang dahaga ilmu ini.Banyak lagi yang perlu aku pelajari. 

So aku mengambil keputusan ini,walaupun aku tahu aku akan tetap mengingatinya,entah boleh atau tidak untuk aku melupainya.Susah nak lupa dia tapi aku harus jugak untuk lupakn dia.Doakn aku agar kuat hadapi semua ini. 

Tak nak citer pasal  dia banyak-banyak,cukuplah disini saja....^_^

Monday 16 February 2015

Saat Kehilangan

 



Alhamdulilah dapat berjumpa lagi...Miss Froggy harap warga-warga bloggie semua sihat walfiat yee...Amin..Lately miss froggy diuji sikit.Alhmdulilah miss froggy dapat menempuhi dengan tabah walaupun pada mulanya amat susah untuk miss froggy untuk menerimanya.. 

Pada 11.2.2015 tarikh TGNA meninggal dunia,dalam erti kata lain meningglkan kita semua..Allah sebak sangat apabila mengetahuinya..Hanya Allah yang tahu apa yang miss froggy rasakan..Dan pada keesokkan harinya (12.2.2015) miss froggy diuji dengan berita amat menguris hati iaitu berita tentang kematian arwah tokki miss froggy.Allah masa itu miss froggy rasa seolah-olah terkapai-kapai..Tak tahu nak  bagitahu camne perasaan miss froggy masa tu.. 

Masa miss froggy mendapat berita itu miss froggy masih lagi berada ditempat miss froggy belajar.Tiba-tiba mak miss froggy col dan mintak miss froggy balik ke rumah dan memberitahu miss froggy yang tokki miss froggy tenat.Miss froggy apa lagi kelam kabut dibuatnya.Bayangkan masa miss froggy terima berita itu pada pukul 5 petang.Kiranya masa tu miss froggy ada dalam satu jam untuk ke stesen bas chukai.Selepas miss froggy dapat tahu miss froggy siap-siap untuk pulang ke rumah.Masa itu hati miss froggy da pun menangis.Walaupun jasab miss froggy nampak gembira dalam hati hanya Allah yang tahu perasaan miss froggy masa tu..Allah sebaknya.. 


Alhmdulilah,miss froggy sempat sampai ke stesen bas chukai atas bantuan kawan-kawan miss froggy.Terima Kasih korang kerana tolong tau..Hanya Allah yang mampu membalas jasa korang..Masa miss froggy berada dalam bas spbumi miss froggy menangis mengenangkan arwah  tokki miss froggy.Miss froggy takut sangat jika miss froggy tak sempat   nak jumpa dia buat kali terakhir.Miss froggy menangis semahu-mahunya.Allah.. 

Sampai sahaja dihentai bas Kuala Terengganu,miss froggy dijemput oleh abg miss froggy.Alangkah terkejutnya miss froggy masa itu kerana miss froggy dapat tahu yang tokki tokki miss froggy sudah meninggal.Allah..Sebaknya hati miss froggy hanya Allah sahaja yang tahu.Sekali lagi air mata miss froggy jatuh berlinangan..Miss froggy terkilan sebab miss froggy tak dapat nak jumpa arwah tokki miss froggy buat kali terakhir.Miss froggy ingat lagi seminggu sebelum miss froggy datang ke kolej miss froggy,miss froggy sempat bersalam dengan arwah tokki miss froggy.Kebiasaan miss froggy kalau bersalam dengan arwah tokki mesti cium kedua-dua pipinya,tetapi minggu tu miss froggy tak sempat sebab masa tu miss froggy rushing sangat..Itulah perkara yang membuat miss froggy rasa terkilan sangat.Allah..Sekarang dia sudah pun dijemput Allah..Miss froggy harap dia ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh.Amin. 








"Kita Hidup Didunia ini Hanya Sementara Sahaja,"

Tuesday 10 February 2015

Freedom!!!!

 
Sorry bloggie semua sebab da lama miss froggy tak updated...Hehehehe..Kebelakangan ini miss froggy sibuk sikit dan tambah pulak dengan masalah sikit...Tapi alhmdulilah masalah itu selesai sudah..Betullah,setiap masalah ada jalan penyelesaiannya cuma atas kita je camne nak atasi masalah itu..  

Kalau cakap pasal masalah memang banyakalah..Manusia mana yang tiada masalah kan??Normallah tu..Kalau adop masalah rasa pelik pulakkan..Sebenarnya setiap masalah yang kita hadapi ini boleh mendewasakan kita.Menjadikan kita lebih matang dan pandang ke hadapan..Fikiran kita jugak akan maju,dan bukan selalu di takut yang lama.At least bila masalah yang datang kita cuba untuk mengatasinya,dengan cara itu membolehkan otak kita berfikir.  

Bagi miss froggylah,lau miss froggy ada problem miss froggy suka cari ketenangan dengan pergi ketempat-tempat yang dapat memberi miss froggy ketenangan seperti taman or masjid or pantai..Miss froggy suka tempat-tempat begitu sebab disana dapat mententeramkan hati miss froggy.. Tapi bukan semua orang suka tempat-tempat begitu tau...hehehe..

Okaylah...That all for today..See u later...Muah2...3

Thursday 29 January 2015

Starting

 
Assalamulaikum....
Alhmdulilah kembali semula ke dunia blogger...walaupun sudah lama da tinggal dunia blogger...Oleh kerana kesempitan masa untuk  blogger..Tapi sekarang in sya Allah...hehehehe..Seperti apa yang orang selalu kata,tahun baru semuanya baru..azam baru,tahun baru,suasana baru,kawan baru dan banyak lagi yang baru lah...

Sempena dengan tahun baru ini,yang paling first ialah azam tahun baru kita..Da tetapkan lom azam tahun 2015?Mesti sudah kan...hehehe..

Bercakap tentang azam tahun baru,apa ek azam tahun baru miss froggy ni kan?Mesti nak tahu kan?Iyerlah miss froggy bagitahu..Azam tahun baru miss froggy tahun 2015 ialah nak jadi yang lebih dari tahun-tahun yang lepas.Nak perbaiki diri ke arah yang lebih baik..Bab kata org lau baik jadi lebih baik lagi,lau cerdik jadi lebih cerdik lagi..Tak gitu korang hehehe...

In sya Allah,miss froggy harap azam tahun baru miss froggy akan tercapai..Doakn miss froggy yee korang.Untuk permulaan cukuplah sapa disini dulu..Nanti miss froggy update lagi yee...Sampai ketemu lagi...♥