Monday 16 February 2015

Saat Kehilangan

 



Alhamdulilah dapat berjumpa lagi...Miss Froggy harap warga-warga bloggie semua sihat walfiat yee...Amin..Lately miss froggy diuji sikit.Alhmdulilah miss froggy dapat menempuhi dengan tabah walaupun pada mulanya amat susah untuk miss froggy untuk menerimanya.. 

Pada 11.2.2015 tarikh TGNA meninggal dunia,dalam erti kata lain meningglkan kita semua..Allah sebak sangat apabila mengetahuinya..Hanya Allah yang tahu apa yang miss froggy rasakan..Dan pada keesokkan harinya (12.2.2015) miss froggy diuji dengan berita amat menguris hati iaitu berita tentang kematian arwah tokki miss froggy.Allah masa itu miss froggy rasa seolah-olah terkapai-kapai..Tak tahu nak  bagitahu camne perasaan miss froggy masa tu.. 

Masa miss froggy mendapat berita itu miss froggy masih lagi berada ditempat miss froggy belajar.Tiba-tiba mak miss froggy col dan mintak miss froggy balik ke rumah dan memberitahu miss froggy yang tokki miss froggy tenat.Miss froggy apa lagi kelam kabut dibuatnya.Bayangkan masa miss froggy terima berita itu pada pukul 5 petang.Kiranya masa tu miss froggy ada dalam satu jam untuk ke stesen bas chukai.Selepas miss froggy dapat tahu miss froggy siap-siap untuk pulang ke rumah.Masa itu hati miss froggy da pun menangis.Walaupun jasab miss froggy nampak gembira dalam hati hanya Allah yang tahu perasaan miss froggy masa tu..Allah sebaknya.. 


Alhmdulilah,miss froggy sempat sampai ke stesen bas chukai atas bantuan kawan-kawan miss froggy.Terima Kasih korang kerana tolong tau..Hanya Allah yang mampu membalas jasa korang..Masa miss froggy berada dalam bas spbumi miss froggy menangis mengenangkan arwah  tokki miss froggy.Miss froggy takut sangat jika miss froggy tak sempat   nak jumpa dia buat kali terakhir.Miss froggy menangis semahu-mahunya.Allah.. 

Sampai sahaja dihentai bas Kuala Terengganu,miss froggy dijemput oleh abg miss froggy.Alangkah terkejutnya miss froggy masa itu kerana miss froggy dapat tahu yang tokki tokki miss froggy sudah meninggal.Allah..Sebaknya hati miss froggy hanya Allah sahaja yang tahu.Sekali lagi air mata miss froggy jatuh berlinangan..Miss froggy terkilan sebab miss froggy tak dapat nak jumpa arwah tokki miss froggy buat kali terakhir.Miss froggy ingat lagi seminggu sebelum miss froggy datang ke kolej miss froggy,miss froggy sempat bersalam dengan arwah tokki miss froggy.Kebiasaan miss froggy kalau bersalam dengan arwah tokki mesti cium kedua-dua pipinya,tetapi minggu tu miss froggy tak sempat sebab masa tu miss froggy rushing sangat..Itulah perkara yang membuat miss froggy rasa terkilan sangat.Allah..Sekarang dia sudah pun dijemput Allah..Miss froggy harap dia ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh.Amin. 








"Kita Hidup Didunia ini Hanya Sementara Sahaja,"

No comments:

Post a Comment